10 Jun 2024, Isnin - Telah berlangsung Majlis Apresiasi Pelajar (MAS) di Dewan Utama KPTM, Ipoh. Majlis Apresiasi Siswa merupakan satu majlis anjuran Bahagian Akademik bagi meraikan pelajar-pelajar KPTM Ipoh yang mendapat keputusan cemerlang di dalam setiap sesi pembelajaran Julai 2023 dan November 2023.
Seramai 298 penerima anugerah telah hadir ke majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Sahidi Bin Yaakob iaitu Ketua Pegawai Perniagaan Dan Perkhidmatan KPTM SB.
Majlis ini meraikan pelajar yang menerima sijil Anugerah Dekan yang mendapat Purata Nilai Gred (PNG) sekurang-kurangnya 3.90 dan Anugerah Khas. Anugerah Khas yang terlibat adalah Anugerah Terbaik Program Diploma in Management with Multimedia (AB103), Diploma in Digital Marketing (AM101), Diploma in Animation (CM101), Diploma in Game Design (CM102), Diploma in Multimedia (CT104), Diploma in Teaching of English as a Second Language (BE101), Anugerah Peningkatan TOV bagi program AB103, AM101, CM101, CM102, CT104, BE101, Anugerah Potensi, Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Usahawan.
Disamping itu, Encik Lukmanul Hakim Bin Mohd Halim telah dilantik sebagai Ikon Usahawan KPTM Ipoh.