- 5 Julai 2024 - Pertandingan Jom Inovasi 2024 telah diadakan bertempat di Dewan Utama KPTM Ipoh.
Dua kategori yang di pertandingankan iaitu Kategori PDP dan Kategori Innovative Management. Seramai 24 kumpulan penyertaan yang terlibat dalam pertandingan dimana merangkumi dari staf akademik , staf bukan akademik serta staf sokongan. Juri jemputan ialah Pensyarah Kanan KPTM Bangi, Puan Khuraishah bt Mohd Nasir. Penglibatan dari semua jabatan dan sektor perlu diberi pujian kerana secara tidak langsung memberi impak yang besar pada KPTM Ipoh.
Membudayakan inovasi dan menjadikan satu norma dalam menjalankan tugas harian adalah bersesuaian dengan tema pada tahun ini iaitu “Pemahaman dan Hala Tuju Inovasi”.
Besar harapan Unit Inovasi untuk melihat semua inovasi ini tidak terhenti disini, teruslah mengorak langkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Unit Inovasi KPTM Ipoh menzahirkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua peserta inovasi yang terlibat dan selamat maju jaya.
Tahniah sekali lagi pada para pemenang baik dari Kategori PDP mahupun Kategori Innovative Management.
Bagi Kategori Innovative Management
Johan : Sistem Automasi Emel Penapisan Pengambilan Pelajar dari Seksyen Pemasaran dan Pengambilan Pelajar
Naib Johan : Students Achievement Tracker(SAT) dari Jabatan Multimedia
Ketiga : MOHKE- Aplikasi Pengangkutan Pelajar KPTM dari Jabatan Multimedia
Kategori PdP
Johan : An Interactive Learning Session Integriti dari Jabatan Sains Sosial
Naib Johan : PICK ME MODE! dari Jabatan Matematik dan Sains Komputer
Ketiga : CODE CONQUERORS- OPERATOR CHALLENGE dari Jabatan Matematik dan Sains Komputer