Buletin Kampus

15 Ogos 2024 | Kejayaan Berganda Pasukan Inovasi KPTM Ipoh Dalam Bulan Kemerdekaan 2024

Image
Bukan satu, tapi dua pertandingan berkonsep inovasi telah disertai oleh warga KPTM Ipoh dalam Bulan Kemerdekaan ini.

Bermula dengan pertandingan Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2024 pada 13 hingga 15 Ogos 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™Adzam Shah (POLIMAS), KPTM Ipoh telah menghantar 6 pasukan iaitu 3 daripada kalangan pensyarah akademik dan 3 lagi daripada pelajar.

Manakala bagi pertandingan Invention, Innovation & Entrepreneurship Idea Exhibition 2024 (IIEE 24) pada 14 - 15 Ogos 2024 di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan, KPTM Ipoh telah menyahut cabaran dengan menghantar penyertaan 2 daripada pensyarah dan 1 daripada pelajar.

Menampilkan produk dan idea yang menarik dalam pelbagai kategori serta bersaing dengan peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi lain telah membuahkan hasil apabila KPTM Ipoh berjaya membawa pulang 6 pingat perak bagi kesemua penyertaan di iCompEx 2024. Manakala bagi pertandingan IIEE24, KPTM Ipoh berjaya menuai pingat emas (Pensyarah dan Pelajar) dan 1 perak (Pensyarah) di IIEE24.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terdiri daripada Pensyarah, Pelajar dan Pengiring Pelajar.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search