Buletin Kampus

18 Ogos 2024 | MARA, SPRM Perkukuh Kolaboratif Terap Budaya Integriti Lahir ‘Role Model’ Dalam Kalangan Pelajar IPMA

Image
Lenggong, 18 Ogos- Telah berlangsung Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) di PUSKEP Lenggong bermula 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2024 anjuran Unit Integriti MARA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Seramai 9 orang pelajar KPTM Ipoh yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Pencegahan Jenayah yang juga merupakan Ahli AMAR KPTM Ipoh.

Berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) IPMa Siri Tiga di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (Puskep) Lenggong Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA Encik Razlan bin HJ Samsuri berkata, menerusi program kerjasama antara Unit Integriti (UI) MARA dan SPRM, pendekatan ini berpotensi mengukuhkan integriti dalam kalangan generasi muda IPMa.

Ujarnya “Program seumpama ini boleh menyediakan platform kepada anak muda untuk mengekspresi pandangan dalam membanteras rasuah dan sterusnya dapat menyalur maklumat yang betul berhubung advokasi antirasuah. Tanpa kerjasama semua pihak, amat sukar untuk MARA merealisasikan harapan ini”.

Turut hadir, Nazli Rasyid bin Haji Sulong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, dan Shuhaimi bin Man, Ketua Unit Integriti MARA. Kem AMAR IPMa Siri Tiga ini disertai seramai 99 pimpinan AMAR daripada 17 Institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search