24 OGOS 2024 - Seramai 20 orang staf Jabatan Sains Sosial (JSS) KPTM Ipoh telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
Program ini merupakan satu usaha memberi sumbangan tenaga kerja untuk pembersihan kawasan habitat Orang Utan oleh staf Jabatan Sains Sosial (JSS) KPTM Ipoh dan pada masa yang sama dapat menyemai sikap cintakan kebersihan alam sekitar serta kasih sayang terhadap haiwan. Sebaik tiba di Pulau Orang Utan, staf JSS KPTM Ipoh terlebih dahulu diberi peluang melawat dan diperkenalkan dengan setiap Orang Utan yang mendiami pulau itu. Setelah sesi taklimat dilakukan, staf JSS KPTM Ipoh telah diberikan tugasan untuk membersihkan ruang Pendidikan dan laluan pejalan kaki di sepanjang penempatan Orang Utan.
Melalui program ini, staf JSS KPTM Ipoh berpeluang mengenali spesies dan kehidupan Orang Utan serta kepentingan memulihara ekosistem ini kepada dunia. Malahan melalui aktiviti ini, staf JSS dapat meningkatkan kesedaran dan keperluan memberi khidmat kepada alam, khususnya Orang Utan di sini.