Buletin Kampus

18 Januari 2026 | Ekspedisi Rekreasi Alam (PERA) 2026 Di Pulau Misa Melayu

Image
18 Januari 2026, Bota – Kelab Kembara dan Rekreasi KPTM Ipoh telah membuka tirai tahun 2026 dengan penganjuran Program Ekspedisi Rekreasi Alam (PERA) pada 17 hingga 18 Januari 2026. Bertempat di @alammisamelayu Perkampungan Warisan Tradisional Pulau Misa Melayu, Bota Kiri, program dua hari satu malam ini bertujuan memperkasa jati diri, kemandirian, serta semangat kerja berpasukan melalui aktiviti rekreasi luar yang mencabar dan sarat dengan nilai budaya.

Seramai 30 orang peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul menarik termasuklah memanah tradisional, asas pengendalian kuda, dan latihan kemandirian diri (basic survival). Selain aktiviti fizikal, para peserta turut mengharungi cabaran berkumpulan seperti explorace, blindfold challenge, dan aktiviti perkhemahan yang dirancang khusus bagi membina komunikasi berkesan serta kualiti kepimpinan yang utuh dalam kalangan ahli.

Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada pendedahan elemen warisan tradisional ini dan mampu mengaplikasikan kemahiran ketahanan mental serta fizikal yang diperolehi dalam mendepani cabaran masa hadapan. Syabas diucapkan kepada semua ahli kelab yang telah menjayakan ekspedisi berimpak tinggi ini!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search