Buletin Kampus

22 Januari 2026 | Program CSR Pelajar KPTM Ipoh Di Smart IQ Genius

Image
Meru Perdana – 22 Januari 2026 (Khamis): Seramai 30 orang pelajar program Diploma in TESL (DTE0507) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah terlibat dalam satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan di SMART IQ GENIUS, Meru Perdana.

Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang, dan merupakan salah satu inisiatif institusi dalam memupuk nilai kesukarelawanan serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar melalui kursus MPU2412 Khidmat Masyarakat. Program ini telah diketuai oleh Muhammad Farihin selaku Ketua Program, dan diiringi oleh pensyarah kursus Cik Nur Fazirin binti Roslan.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada pembelajaran kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Antara aktiviti yang dijalankan merangkumi aktiviti mewarna dan sukaneka melibatkan murid dalam kalangan 5-6 tahun. Antara contoh aktiviti sukaneka ialah Color Hunt Race, iaitu murid berlari mengambil bola dan menyebut warna bola tersebut. Selain itu, aktiviti Rainbow Relay Run melibatkan murid untuk berlari ke arah kon dan menyebut warna kon tersebut.

Seterusnya, pelajar juga melakukan kerja-kerja mengutip sampah serta membersihkan sekitar kawasan tadika. Para pelajar juga telah mengecat semula dinding tadika yang lusuh bagi menceriakan suasana persekitaran serta meningkatkan tahap keselesaan dan kebajikan murid di situ.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen KPTM Ipoh dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat terus diteruskan sebagai sebahagian daripada pendidikan holistik yang membina insan berintegriti, prihatin dan berdaya saing.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search