Buletin Kampus

20 Januari 2026 | Pantas & Siap Siaga : Latihan Simulasi Kebakaran Demi Keselamatan Warga Kolej

Image
20 Januari 2026, Ipoh – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPTM Ipoh telah berjaya melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Latihan Memadam Kebakaran yang berlangsung pada 19 dan 20 Januari 2026. Latihan keselamatan yang komprehensif ini melibatkan penghuni di Asrama Siswi dan Asrama Casa Meru bagi memastikan kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan.

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama dan bantuan teknikal daripada pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Meru Raya . Sepanjang dua hari latihan, para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan prosedur pengungsian bangunan (fire drill) yang sistematik, malah turut diberi peluang mempelajari teknik memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan selamat di bawah bimbingan anggota bomba profesional.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen pihak kolej dalam mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar di premis kediaman. Semoga dengan adanya latihan praktikal seperti ini, para pelajar lebih peka terhadap langkah pencegahan kebakaran serta mampu bertindak dengan tenang dan pantas sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu yang diberikan!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search