27 September 2024 - Seramai 7 orang kakitangan KPTM dari Ibu Pejabat, Ipoh, Bangi, Batu Pahat, Alor Setar, Kuantan dan Kota Bharu yang diketuai oleh En. Syafian Hadi Bin Saharudin, Penolong Pengarah Bahagian Akademik Ibu Pejabat, manakala KPTM Ipoh pula diwakili oleh Pensyarah Kanan Sains Komputer, En. Mohd Faris Bin Rosli telah berpeluang menjadi peserta ke Persidangan MoodleMoot Malaysia buat kali pertama, yang telah diadakan pada 27 September 2024 di Hotel Corus KLCC, Kuala Lumpur.
Persidangan tahunan bertaraf antarabangsa ini telah dianjurkan oleh Certified Moodle Official Partner Modern LMS yang telah mengumpulkan penggiat Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) Moodle dari seluruh dunia seperti Canada, Australia, Indonesia, dan Filipina serta tuan rumah Malaysia sendiri menjadikan acara ini dianjurkan dengan jayanya buat julung kalinya di Malaysia, di mana para peserta telah terlibat dalam sesi Bengkel, Pembentangan, dan Forum sepanjang hari.
Persidangan ini menyediakan platform yang hebat untuk pendidik, pembangun, dan pentadbir untuk berkolaborasi, meneroka trend terkini, dan menangani cabaran teknikal yang dihadapi oleh komuniti Moodle.