Buletin Kampus

03 Oktober 2024 | Mesyuarat Bersama Panel Penilai Luar Akademik bagi Program AB103 & AB109

Image
3 Oktober 2024 - Mesyuarat Bersama Panel Penilai Luar Akademik bagi Program Diploma in Management with Multimedia (AB103) dan Program Diploma Digital Business (AB109) telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, KPTM Ipoh.

Panel penilai terdiri daripada Prof Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain dari Graduate School of Business, UKM selaku Panel Penasihat Akademik bagi Program AB109, Dr Nor Azrin Md Latip dari UPSI sebagai Panel Penasihat Akademik untuk Program AB103 dan Encik Muhammad Sholekhin Wahid, pemilik/pengurus Syarikat Pixtor Solution juga merupakan Alumni KPTM Ipoh selaku Panel Penasihat Industri bagi kedua-dua Program AB103 dan AB109.

Turut hadir Puan Norlizah Ab Kadir, Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Puan Siti Syahida Rosly selaku Timbalan Dekan. Mesyuarat tahunan ini merupakan medium perbincangan antara KPTM dan Panel Penilai memberikan input dan pandangan terhadap kesesuaian reka bentuk Program untuk penambahbaikan dengan persetujuan di peringkat fakulti.

Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) telah menjelaskan penglibatan penilai/pemeriksa luar (external examiner) dalam proses penyemakan dan penilaian sesuatu program yang ditawarkan di KPTM.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Puan Hajjah Nor Azizan Mohd Daud selaku Timbalan Pengarah Akademik KPTM Ipoh serta dihadiri barisan pensyarah dari Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Sains Komputer dan Matematik. Sesi perkongsian ilmu Panel Penilai bersama pelajar-pelajar DIPLOMA IN DIGITAL BUSINESS turut diadakan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search