Buletin Kampus

03 Oktober 2024 | Mesyuarat Bersama Panel Penilai Luar Akademik bagi Program BE101

Image
3 Oktober 2024 - Mesyuarat Bersama Panel Penilai Luar Akademik bagi Program Diploma in Teaching English as a Second Language BE 101 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Sains Sosial, KPTM Ipoh. Panel penilai terdiri daripada Dr. Hj. Azwin Stiff Bin Abdul Rahim dari Universiti Malaysia Pahang, UMP selaku Panel Penasihat Akademik bagi Program. Turut disertai oleh Dekan Fakulti Pendidikan Dr. Mazeni Binti Ismail.

Mesyuarat tahunan ini merupakan medium perbincangan antara KPTM dan Panel Penilai memberikan input dan pandangan terhadap kesesuaian reka bentuk Program untuk penambahbaikan dengan persetujuan di peringkat fakulti. Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) telah menjelaskan penglibatan penilai/pemeriksa luar (external examiner) dalam proses penyemakan dan penilaian sesuatu program yang ditawarkan di KPTM.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Puan Hajjah Nor Azizan Mohd Daud selaku Timbalan Pengarah Akademik KPTM Ipoh serta dihadiri barisan pensyarah dari Jabatan Pendidikan. Pada masa yang sama lawatan panel dan dekan ke pameran bahan mengajar (Listening and Speaking) di bawah kursus The Teaching of Listening and Speaking skills - HET3083 sebagai pendedahan kepada hasil kerja pelajar Diploma in TESL KPTM Ipoh.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search