6 Feb 2025, Khamis- KPTM Ipoh telah menjayakan Majlis Apresiasi Siswa (MAS) Sidang 1 di Dewan Utama KPTM Ipoh untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar KPTM Ipoh yang mendapat keputusan akademik yang cemerlang bagi sesi Julai 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ts Megat Mohammad Faisal bin Khir Johari, Ahli Lembaga Pengelola KPTM Ipoh.
Selain memberi pengiktirafan pencapaian akademik yang cemerlang, majlis juga diadakan untuk menghargai usaha pelajar yang bersungguh-sungguh dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.
Dalam majlis ini, kejayaan seramai 142 pelajar yang menerima sijil Anugerah Dekan, Anugerah Senat dan Anugerah Khas seperti Anugerah Cemerlang, Anugerah Terbaik Program, Anugerah Potensi, Anugerah Usahawan dan Anugerah Khas Peningkatan TOV Terbaik.
Penganjuran Majlis Apresiasi Siswa diharapkan dapat menyuntik semangat juang pelajar dan memotivasikan pelajar untuk bersungguh-sungguh belajar dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.