7 Feb 2025, Jumaat- Majlis Apresiasi Siswa Sidang 2 kali ini diadakan bagi meraikan penerima Anugerah Dekan dan Anugerah Senat bagi program Diploma in Animation (CM101), Diploma in Game Design (CM102), dan Diploma in Multimedia (CT104).
Sidang ke-2 ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Wan Norashikin Binti Wan Noordin, Ahli Lembaga Pengarah KPTM Sdn. Bhd. Turut hadir ialah Pn. Anisa Mohd Yusoff, Pengarah KPTM Ipoh; Pn. Nor Azizan Binti Mohd Daud, Timbalan Pengarah Akademik; Pn. Azizah Binti Nor, Dekan Fakulti Multimedia Kreatif, Pn. Nurul Hidayah Binti Hussin, Timbalan Dekan Fakulti Multimedia Kreatif; serta barisan pengurusan KPTM Ipoh.
Terdapat 4 kategori anugerah yang disampaikan iaitu Anugerah SENAT bagi pelajar yang mendapat Pelajar yang memperolehi GPA 4.00, untuk anugerah Dekan hanya Penerima Sijil Anugerah Dekan yang mendapat GPA 3.9 yang yang dijemput hadir. Anugerah peningkatan Tov dan Anugerah Khas iaitu Anugerah Potensi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 494 orang penerima Anugerah Dekan secara keseluruhan, di mana 280 orang diraikan pada majlis ini. Selain itu, 113 pelajar menerima Anugerah Senat sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap pencapaian akademik mereka.
Majlis ini bukan sahaja meraikan kecemerlangan akademik pelajar tetapi juga mengiktiraf dedikasi tinggi mereka dalam pengajian. Selain itu, ia berperanan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antara pelajar, pengurusan akademik, pentadbiran, serta pensyarah. Diharapkan majlis ini dapat terus menyemai nilai kecemerlangan, disiplin, dan daya saing dalam kalangan pelajar KPTM Ipoh.