Buletin Kampus

16 Februari 2025 | Kejohanan Bola Tampar Tetutup Perak 2025

Image
16 Februari 2025 - Pasukan Bola Tampar Lelaki Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup yang berlangsung di Teluk Intan pada 16 Februari lalu.

Walaupun menghadapi saingan sengit, para pelajar KPTM Ipoh tetap berjuang dengan penuh dedikasi dan komitmen, mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi. Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada mereka, tetapi juga mengukuhkan semangat berpasukan serta meningkatkan kemahiran dalam sukan bola tampar.

Pihak kolej mengucapkan tahniah kepada para pelajar berharap penyertaan berterusan dalam pertandingan akan datang menjadi platform bagi pelajar untuk mengasah bakat serta meningkatkan prestasi dalam bidang sukan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search