Pada 5 Mac 2025, bertempat di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, telah berlangsung Lawatan Penilaian Pemindahan Akreditasi Program ke Premis Baharu bagi program-program berikut:
1. Diploma in Multimedia (A10387)
2. Diploma in Animation (MQA / FA9505)
3. Diploma in Game Design (MQA / FA9506)
4. Diploma in Digital Marketing (MQA / FA9507)
5. Diploma in Digital Business (A10384)
6. Diploma in Teaching of English as a Second Language (MQA / FA14321)
Lawatan ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Delegasi yang hadir terdiri daripada:
YBrs. Ts. Dr. Khor Kheng Kia (Universiti Tunku Abdul Rahman)
YBrs. Dr. Suraya Akmar Binti Mokhtaruddin (Politeknik Ungku Omar)
Puan Siti Nor Amira Binti Baharudin (UNITAR International University)
Puan Fairouz Jahaan Binti Mohd Aanifah (MQA)
Lawatan dimulakan dengan sesi semakan dan penilaian dokumen asal yang berkaitan dengan program-program terbabit. Seterusnya, panel telah mengadakan lawatan ke sekitar premis baharu KPTM Ipoh, termasuk fasiliti umum dan khusus yang digunakan oleh para pelajar bagi memastikan kesesuaian dan kesediaan infrastruktur untuk menampung keperluan pembelajaran.
Selepas sesi lawatan fasiliti, panel telah mengadakan sesi temuduga bersama pelajar dan pensyarah bagi mendapatkan maklum balas serta penilaian langsung mengenai pelaksanaan program-program tersebut.
Sesi ini memberikan gambaran yang jelas tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di premis baharu. Lawatan ini diakhiri dengan Exit Meeting di mana panel telah membentangkan dapatan dan penilaian mereka kepada pihak pengurusan KPTM Ipoh.
Dapatan ini akan menjadi asas untuk penilaian lanjut bagi memastikan pemindahan akreditasi program-program tersebut berjaya dilaksanakan. KPTM Ipoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.
Semoga usaha ini akan membawa manfaat besar kepada semua pihak, khususnya para pelajar dan staf KPTM Ipoh.