Ipoh, 11 Mac 2025 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Ipoh telah menganjurkan Taklimat Pelajar Semester 1 yang berlangsung di Dewan Utama KPTM Ipoh. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih kurang 600 orang pelajar sem 1, bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai persediaan sebagai pelajar Non-Resident (NR) pada semester hadapan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengarah KPTM Ipoh, yang menekankan kepentingan persiapan awal bagi pelajar yang akan tinggal di luar kampus. Beliau juga menggalakkan pelajar agar bijak mengurus kehidupan mereka secara berdikari dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej serta komuniti setempat.
Taklimat utama telah disampaikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang menerangkan peraturan dan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar NR.
Selain itu, program ini turut menampilkan sesi perkongsian ilmu oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jabatan Agama Islam Negeri Perak memberikan pencerahan mengenai aspek nilai moral dan etika sebagai pelajar Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan berdikari. Manakala, pihak PDRM pula berkongsi panduan keselamatan, pencegahan jenayah, dan kepentingan menjaga disiplin serta keselamatan diri ketika berada di luar kampus.
Taklimat ini diharapkan dapat membantu pelajar semester 1 membuat persediaan lebih awal untuk kehidupan sebagai pelajar NR, sekaligus melahirkan mahasiswa yang berdikari, berdaya tahan, dan bertanggungjawab. Program sebegini akan terus diperhebatkan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terjaga sepanjang pengajian mereka di KPTM Ipoh.