Buletin Kampus

13 Mac 2025 | Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk KPTM Ipoh

Image
13 Mac 2025, Ipoh – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Staf KPTM Ipoh telah menganjurkan Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan yang berlangsung dengan penuh semangat muafakat dan keprihatinan. Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada pelajar serta staf KPTM Ipoh yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyambut bulan Ramadan.

Bermula pada pukul 8.30 pagi, peserta berganding bahu dalam proses penyediaan bubur lambuk, daripada penyediaan bahan hingga ke peringkat memasak dan pembungkusan. Suasana gotong-royong yang penuh ceria ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf, malah turut menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, keikhlasan, dan kepedulian terhadap komuniti.

Sejurus selesai penyediaan, bubur lambuk yang telah siap dimasak diedarkan kepada pelajar KPTM Ipoh serta rakan-rakan strategik KPTM Ipoh sekitar bandar Meru sebagai tanda penghargaan dan perkongsian keberkatan Ramadan.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima tetapi juga mengukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej.

Tahniah kepada dan terima kasih semua yang terlibat atas kejayaan program yang penuh bermakna ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search