Buletin Kampus

17 Mac 2025 | Pelajar KPTM Ipoh Sertai Majlis Sambutan Nuzul Quran Negeri Perak

Image
Ipoh, 17 Mac 2025 – Seramai beberapa pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah terlibat dalam Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak 1446H/2025M yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah bermula jam 4.00 petang.

Sambutan ini diisi dengan pelbagai pengisian rohani, antaranya Ceramah Nuzul Al-Quran dan Tazkirah Nuzul Al-Quran, yang memberikan pencerahan mengenai kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Majlis ini turut diakhiri dengan Solat Sunat Tarawih, yang dijalankan secara berjemaah oleh para hadirin.

Penglibatan pelajar KPTM Ipoh dalam majlis ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu agama, tetapi juga merapatkan ukhuwah dengan masyarakat setempat serta mendekatkan diri dengan pemimpin negeri. Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan mengukuhkan semangat keagamaan dalam kehidupan seharian.

Majlis ini mencerminkan kepentingan peranan generasi muda dalam menyemarakkan sambutan-sambutan Islam, selain menanamkan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search