19 MAC 2025: Para pelajar di bawah Program Pemerkasaan Huffaz telah terlibat dalam program Ceramah dan Forum 'Kehebatan Hafiz dan Hafizah: Cabaran dan Peluang' peringkat Negeri Perak Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dengan kerjasama Institusi-institusi Tahfiz Negeri Perak bertempat di Maahad Tahfiz Al-Qur'an dan Akademik BAKIP (MATAQAB), Meru Ipoh.
Antara pengisian dalam program tersebut adalah seperti ceramah Kehebatan Huffaz yang disampaikan oleh AF Ustaz Taufik dari SMKA Abdullah Fahim Pulau Pinang yang bermula pada jam 8.30 pagi.
Majlis kemudiannya bersambung dengan pengisian 'Forum Kehebatan Hafiz dan Hafizah' oleh empat ahli panel dari setiap Institusi Tahfiz sekitar Negeri Perak. Salah seorang pelajar Huffaz di bawah Program Pemerkasaan Huffaz KPTM Ipoh juga telah terpilih sebagai ahli panel dalam forum tersebut iaitu An-Nur Balqis binti Abdul Malik Faizal daripada Program Diploma in TESL (BE101).
Perasmian majlis ini disempurnakan oleh Tn Hj Wan Ahmad Salahuddin Wan Ahmad Rafaii yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Semoga penganjuran dan penglibatan para pelajar Huffaz di dalam program ini dapat meningkatkan tahap penguasaan penyampaian umum dan memberi pengalaman yang berharga kepada mereka.