Buletin Kampus

27 Mac 2025 | Lawatan Kunjungan Hormat Ke Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak

Image
Pada 27 Mac 2025, Deligasi KPTM Ipoh melakukan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Delegasi KPTM Ipoh diketuai oleh Puan Anisa Binti Mohd Yusoff Pengarah KPTM Ipoh, Puan Azizah Binti Nor Dekan Fakulti Multimedia Kreatif, Puan Nurul Shuhada bt Amir Hisham, Pengurus Seksyen Pembangunan Kerjaya Pelajar dan En Roykarnaen Bin Maseri, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pelajar Seksyen Kokurikulum dan Keusahawanan.

Lawatan dimulakan dengan taklimat peranan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak diketuai oleh Puan Azzah Binti Dahalan serta pegawai-pegawai utama setiap bahagian.

Hasrat KPTM Ipoh untuk meneroka kerjasama bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dalam pelbagai agenda sukan negara terutama melibatkan pelajar KPTM Ipoh dan staf. Selain Kerjasama dalam bidang sukan, KPTM Ipoh juga bersedia untuk bekerjasama dalam perkongsian kepakaran terutama dalam multimedia kreatif.

KPTM Ipoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Jabatan Belia dan Sukan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga usaha ini akan membawa manfaat besar kepada semua pihak.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search