Pada 27 Mac 2025, Deligasi KPTM Ipoh melakukan kunjung hormat ke Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak bertempat di Dewan Merdeka, Tapah sempena hari bertemu pelanggan kerajaan Negeri Perak bersama masyarakat Tapah.
Delegasi KPTM Ipoh diketuai oleh Puan Anisa Binti Mohd Yusoff Pengarah KPTM Ipoh, Puan Azizah Binti Nor, Dekan Fakulti Multimedia Kreatif dan Puan Nurul Shuhada bt Amir Hisham, Pengurus Seksyen Pembangunan Kerjaya Pelajar.
Pada sesi tersebut deligasi KPTM Ipoh telah bertemu dengan Yang Berhormat Dato Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak dan Puan Jamilah Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak.
Hasrat KPTM Ipoh untuk meneroka kerjasama bersama Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak dalam bidang fesyen digital dalam industri TVET telah disambut baik dan akan dibincangkan lebih mendalam dalam masa terdekat.
Dalam pada masa sama, deligasi KPTM Ipoh juga sempat bertemu dengan Yang Berhormat Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, En Mohd Azlan Helmi Bin Helmi. Dalam pertemuan ringkas tersebut, banyak perkara yang dibincangkan terutama dalam memperkasa agenda multimedia yang boleh dimainkan oleh KPTM Ipoh bersama kerajaan negeri Perak.