Rabu, 9 April 2025 - “Warga KPTM Ipoh harus terus berinovasi dan bergerak dalam kadar yang laju untuk mencapai apa sahaja target pada tahun ini. Untuk capai target tersebut, perjalanannya haruslah tidak mudah dan mempunyai pelbagai cabaran. Namun dengan cabaran itulah segala yang ingin dicapai akan terlaksana.”
Berikut adalah amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Encik Radzuan bin Razali ketika beliau mempengerusikan mesyuarat siri pertama lawatan kerja di kampus Ipoh bagi lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB bagi tahun 2025.
Terdapat pelbagai lagi agenda yang dibincangkan dalam siri lawatan ini yang berkait rapat dengan perkara berkenaan akademik dan bukan akademik. Seterusnya, sesi lawatan ini diteruskan dengan majlis Next Level Stylo KPTM Ipoh yang telah diadakan di dewan besar KPTM Ipoh bagi meraikan bulan Syawal yang mulia bersama warga kerja KPTM Ipoh.
Antara yang hadir dalam sesi lawatan ini adalah Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah Kanan Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Aset, Puan Noor Azhani binti Yaacob, Pengurus Kanan Seksyen Undang-Undang (Menjalankan tugas Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Amir-Ul-Azmi serta barisan pengurusan dan Dekan serta Kolej Poly-Tech MARA Ipoh