Buletin Kampus

20 April 2025 | Majlis Perasmian Penutup Gear Up! (Get Ready For University Programme) 2025

Image
20 April 2025 - Program GEAR UP! 2025 melabuhkan tirai selepas para peserta berkampung selama 3 hari 2 malam di KPTM Ipoh. Pelbagai aktiviti dirangka dalam usaha untuk mencapai objektif program iaitu meningkatkan nilai kepimpinan dan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi pelajar sebagai ‘global player’ untuk bersaing dengan pelajar lain. Selain itu meningkatkan daya saing dan nilai diri kepada pelajar untuk memperkemas beberapa aspek keperibadian dan keterampilan sebagai persiapan menempuhi alam universiti serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar sebagai persediaan memasuki alam Universiti.

Perasmian Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zamzuri bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah 1 Bahagian Penganjuran Pendidikan (BPP) MARA. Turut hadir YBrs. Puan Nor Azizan bt Mohd Daud, Timbalan Pengarah Akademik, KPTM Ipoh, Puan Mazwati binti Mat Jusoh, Penolong Pengarah, Unit Bakat Luar Negara (BPP) dan Puan Azlin Syairi binti Abdul Aziz, Ketua Unit Latihan & Kerjaya MARA Negeri Selangor.

Encik Zamzuri telah menyalurkan maklumat tentang bidang pengajian dan penajaan MARA terutamanya program Young Talent Development Programme (YTP), Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP), Asasi Kolej MARA, TVET MARA dan IPMA kepada pelajar selepas tamat peperiksaan SPM. Beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada setiap kumpulan dan peserta terbaik.

KPTM Ipoh ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada BPP dan PMN Selangor kerana memberi peluang untuk mengedalikan program ini. Terima kasih juga kepada fasilitator di bawah pimpinan Puan Nurul Shuhada binti Amir Hisham, Pengurus Unit Pembangunan Kerjaya & Alumni, para pensyarah dan staf KPTM Ipoh yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search