Buletin Kampus

27 Mei 2025 | Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) KPTM Ipoh ke GMI

Image
27 Mei 2025 - KPTM Ipoh telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking) ke German-Malaysian Institute (GMi), diketuai oleh Puan Azizah Binti Nor, Dekan Fakulti Multimedia Kreatif. Turut serta adalah Puan Nurul Hidayah Binti Hussin (Timbalan Dekan Fakulti Multimedia Kreatif), Puan Siti Nor Zaimah Binti Mohamed (Ketua Program Diploma in Multimedia), Puan Nurul Shakura Binti Abu Talib (Ketua Program Diploma in Animation) dan Puan Salehah Binti Johari (Ketua Program Diploma in Game Design).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai amalan baik (best practices) yang dilaksanakan di GMi, khususnya dalam aspek pengurusan fasiliti latihan berteknologi tinggi, pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan industri, kolaborasi strategik bersama pemain industri dan inovasi serta lain-lain.

Alhamdulillah, sesi lawatan ini berjalan dengan lancar, memberikan manfaat dan inspirasi untuk peningkatan kualiti pengurusan akademik dan teknikal di KPTM Ipoh.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search