Buletin Kampus

05 Julai 2025 | KPTM Sdn. Bhd. Perkukuh Jenama Di Bumi Sabah

Image
5 Julai 2025, Sabtu - Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) mengukuhkan jenama sebagai institusi pendidikan swasta yang bernaung di bawah MARA di bumi Sabah, melalui peluncuran Pejabat Urusan KPTM Sabah, di Suria Sabah Mall, hari ini.

Majlis peluncuran yang disempurnakan Ahli Majlis MARA, Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin ini, menjadi titik permulaan kepada pengenalan jenama KPTM di negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis peluncuran ini ialah Pengarah MARA Negeri Sabah, Dr. Shahrizin bin Abdul Sarhadat, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Negeri Sabah, En Lazarus bin Alip, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, En Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussein, dan Pengurus Kanan, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, En Sharul Anuar bin Harun.

Higher Education Tours (HITS) bagi tahun 2025, merupakan karnival pendidikan yang dianjurkan KPTM dengan kerjasama YPM, merupakan platform dalam mempromosikan program pembelajaran daripada pempamer KPTM, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan pempamer luar seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Giat MARA, CelcomDigi serta penyertaan daripada usahawan-usahawan tempatan Sabah seperti KK Foodie, Syiqin Bakery dan Tasty Temptation. Karnival pendidikan yang berlangsung dari 5 dan 6 Julai ini, turut diserikan dengan perkongsian alumni KPTM Kota Bharu, Pn Aisyah yang merupakan usahawan industri pelancongan dan pemilik kedai makan Tuk Tuk Sembulan Kota Kinabalu, pertandingan mewarna, melukis doodle dan pertandingan Busana Cilik: Budaya Malaysia.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search