Buletin Kampus

17 Julai 2025 | National Conference on Education and New Learning Technologies (NCENT 25)

Image
Ipoh, 3 Julai 2025 – Pada 17 Julai 2025, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Perak telah melakar sejarah sebagai tuan rumah bagi National Conference on Education and New Learning Technologies (NCENT2025). Program ini menghimpunkan para cendekiawan, penyelidik, pendidik serta pengamal industri pendidikan dari seluruh negara

Fokus utama NCENT2025 ialah mengetengahkan pendekatan pembelajaran baharu, inovasi pendidikan serta penerapan teknologi masa kini seperti:
1. Sistem penilaian berasaskan kompetensi
2. Integrasi AI dalam PdP Pembelajaran kendiri menggunakan teknologi adaptif
3. Aplikasi Augmented Reality (AR) &
4. Virtual Reality (VR) dalam bilik darjah

Para pembentang menyampaikan hasil kajian serta amalan terbaik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sejajar dengan matlamat persidangan untuk merapatkan jurang antara teori dan pelaksanaan sebenar di lapangan.

Antara momen istimewa sepanjang program:
1. Penyampaian penghargaan kepada pemenang.
2. Penyampaian replika cek sumbangan zakat daripada UAC Berhad kepada pelajar KPTM Ipoh
3. Sesi jaringan profesional yang membuka ruang kolaborasi pelbagai institusi
4. Kemeriahan jelas terpancar sepanjang program berlangsung, dewan dipenuhi semangat perkongsian ilmu dan inovasi

Tahniah kepada semua yang terlibat — anda adalah agen perubahan dalam landskap pendidikan negara!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search