27 Julai 2025, Kuantan – Kontinjen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan meraih tempat keempat keseluruhan di Kejohanan Sukan Rakyat Kolej Poly-Tech MARA (SUKRA KPTM'25) yang berakhir semalam di KPTM Kuantan.
Kejayaan KPTM Ipoh disemarakkan dengan kutipan 2 pingat emas, 1 perak dan 4 gangsa. Pingat emas diperolehi daripada acara Batu Seremban dan Dam Aji kategori perempuan, membuktikan keunggulan atlet wanita KPTM Ipoh dalam sukan tradisional ini. Pemenang pingat emas ini berpeluang besar untuk mewakili KPTM dalam Festival Rakyat Kebangsaan yang akan datang.
Tidak ketinggalan, pasukan sorakan KPTM Ipoh turut mengharumkan nama kolej apabila berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori sorakan terbaik, menambahkan lagi kemeriahan penyertaan mereka.
Lebih membanggakan, Pengarah KPTM Ipoh, Puan Anisa Mohd Yusoff menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan memenangi pingat emas dalam acara Dam Aji kategori VIP. Manakala Encik Muhammad Muqri bin Nasarudin, Pensyarah Sains Komputer KPTM Ipoh, turut menyumbang pingat perak dalam acara Congkak kategori VIP lelaki.
Pencapaian ini menjadi bukti komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan warga KPTM Ipoh, baik pelajar mahupun staf. KPTM Ipoh berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan mengharumkan nama kolej di persada kebangsaan.
Kecemerlangan ini juga dijangka berterusan apabila KPTM Ipoh bakal menjadi tuan rumah penganjuran SUKRA pada tahun 2026.