Ipoh, 12 Ogos 2025 – Seramai 35 orang pelajar daripada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah menempah pengalaman berharga apabila mereka berpeluang menjadi sukarelawan dalam Persidangan Dewan Belia Negeri Perak yang berlangsung pada 9 dan 10 Ogos 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Pelajar-pelajar ini, yang terdiri daripada pelbagai program pengajian, telah memainkan peranan penting sebagai urus setia persidangan. Mereka membantu melancarkan perjalanan, menguruskan logistik, serta memastikan setiap sesi perbahasan dan pembentangan usul berjalan dengan lancar.
Penglibatan mereka dalam program berprestij ini bukan sahaja memberikan pendedahan secara langsung terhadap proses demokrasi dan pentadbiran negeri, tetapi juga menjadi platform terbaik untuk mereka mengasah kemahiran insaniah, termasuk kepimpinan, kerja berpasukan, dan komunikasi.
Inisiatif ini selaras dengan matlamat KPTM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga peka dan aktif dalam pembangunan masyarakat. Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.