Bangi, 22 September 2025 – Kontinjen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA Ke-10 (SUPTEM X) 2025 di KPTM Bangi.
Kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 21 September 2025 ini telah menyaksikan KPTM Ipoh menduduki tempat keenam secara keseluruhan dengan mengumpul lapan mata. Pencapaian ini adalah hasil daripada kejayaan kontinjen merangkul satu pingat perak dan dua tempat keempat.
Pingat perak tunggal ini disumbangkan oleh pelajar Diploma in Multimedia, semester 1, iaitu Muhammad Syafiq Aqil Bin Rahman dalam acara Esports FC25. Perlawanan akhir yang mendebarkan itu disaksikan oleh Pengarah KPTM Ipoh bersama kontinjen dengan sokongan padu. P
asukan Esports Mobile Legends dan pasukan Sepak Takraw KPTM Ipoh turut cemerlang dengan masing-masing berjaya menduduki tempat keempat dalam kategori mereka. Kejayaan ini membuktikan kebolehan atlet-atlet KPTM Ipoh dalam pelbagai disiplin sukan.
Terima kasih dan tahniah kepada kontinjen KPTM Ipoh yang terdiri daripada 1 ketua kontinjen, 106 atlet, 12 pengurus pasukan serta dibantu 6 sekretariat.