Buletin Kampus

25 September 2025 | Siri Lawatan Kerja CEO KPTMSB KE KPTM Ipoh

Image
MEMPERKASA PENGALAMAN PELAJAR & MEMANTAPKAN INFRASTRUKTUR KAMPUS

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., Tuan Haji Radzuan bin Razali, telah meneruskan Siri Kedua Lawatan Kerja ke kampus KPTM Ipoh dengan meninjau pelbagai inisiatif pembangunan kampus yang dilaksanakan selaras dengan agenda pemantapan Customer Experience (CX).

Antara pengisian utama termasuk sesi libat urus bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta penyerahan watikah pelantikan kepada 18 orang ahli MPP baharu, sebagai usaha memperkukuh kepimpinan pelajar di peringkat kampus.

Sebagai manifestasi keprihatinan sosial, sumbangan zakat turut disampaikan kepada pelajar yang layak, disusuli interaksi santai bersama warga kampus dan sesi lawatan ke beberapa fasiliti utama termasuk kafetaria, studio pelajar, pusat sumber dan ruang aktiviti pelajar.

Kemuncak lawatan menyaksikan Majlis Perasmian Lapang Sasar Memanah, simbol kepada komitmen kampus dalam membudayakan gaya hidup sihat, holistik dan seimbang dalam kalangan pelajar.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search