Batu Pahat, 5 Oktober 2025 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh mengakhiri penyertaan dalam Karnival Kebudayaan & Kesenian Islam KPTM Se-Malaysia (KALAM) 2025 dengan penuh gemilang, membawa pulang satu gelaran Naib Johan dan tiga tempat ke-3.
Karnival yang dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat telah berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 3 hingga 5 Oktober 2025, menghimpunkan bakat-bakat pelajar dalam kesenian dan kebudayaan Islam di peringkat KPTM.
Pencapaian tertinggi KPTM Ipoh adalah dalam pertandingan Who Want to Be A Daie, dimana pelajar Nabihah Huda binti Mohd Irwan Shah (Pelajar Diploma in TESL semester 4) telah berjaya merangkul kedudukan Naib Johan. Kategori terbuka ini menguji pengetahuan agama, kemahiran berhujah, dan keyakinan diri pelajar dalam menyampaikan mesej dakwah secara spontan.
Selain itu, KPTM Ipoh turut menyerlah dalam tiga (3) kategori utama lain apabila berjaya memenangi tempat ketiga menerusi kejayaan Tempat Ke-3 Tilawah Perempuan, Tempat Ke-3 Nasyid, dan Tempat Ke-3 Khat Perempuan
Tahniah kepada semua pelajar dan terima kasih kepada pengiring yang membimbing pelajar.