Buletin Kampus

01 Januari 2026 | Harmoni Bersama Komuniti : Siri Lawatan Kasih Pengurusan KPTM Ipoh

Image
Ipoh, 1 Januari 2026 – Hari pertama tahun baharu KPTM Ipoh dimulakan dengan lawatan Ziarah Kasih ke kediaman luar pelajar yang diketuai Puan Anisa binti Mohd Yusoff, Pengarah KPTM Ipoh, bersama kepimpinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Sir Roy (Pengurus HEP), En Nawawi (Penolong Pengurus) dan En Aydeel (Warden).

Kediaman pelajar di Casa Kayangan dipilih sebagai siri pertama. Kehadiran Pengarah yang penuh keibuan membawa keceriaan kepada para pelajar melalui pendekatan nasihat yang sangat menyentuh hati. Lawatan ini membuktikan kebajikan anak didik sentiasa menjadi keutamaan tertinggi buat pengurusan kolej.

Dalam kunjungan istimewa ini, Puan Pengarah turut menyantuni seorang pelajar yang mengalami kemalangan semalam dengan penuh empati. Beliau juga menyediakan dan menyerahkan buah tangan berupa makanan ringan sebagai simbol sokongan moral kepada semua pelajat. Keikhlasan ini mencerminkan betapa akrabnya hubungan pengurusan dan pelajar, persis kasih sayang ibu yang sentiasa mengambil berat.

Selain bertanya khabar, sesi ini menjadi platform bagi Puan Anisa memberikan nasihat bermakna tentang kepentingan menjaga etika serta keharmonian dalam perjiranan. Pelajar diingatkan untuk sentiasa membawa imej peribadi yang unggul serta menghormati komuniti setempat di mana jua mereka berada. Nilai murni ini penting bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berbudi bahasa.

Siri jelajah kebajikan ini akan diteruskan lagi ke lokasi tumpuan lain seperti Scientex, Prima, DWJ, D’Aman, dan Meru Perdana. Komitmen berterusan daripada pengurusan memastikan setiap suara pelajar didengari. KPTM Ipoh kekal dedikasi dalam menyemai rasa kekeluargaan dan memastikan persekitaran hidup pelajar sentiasa kondusif serta harmoni.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search