KPTM Ipoh Bowling Club telah berjaya menganjurkan Bowling Day of Champion 2.0 pada 19 Disember 2025 yang lepas dengan penuh gemilang! Suasana pusat boling Ipoh Parade meriah dengan kehadiran 80 peserta yang bersemangat.
Majlis diserikan lagi oleh Ketua Jabatan Matematik dan Sains Komputer KPTM Ipoh, Ts Salawani binti MD Said, bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang diraikan.
Persaingan sengit ditunjukkan oleh 20 pasukan yang bertanding merebut gelaran juara serta kategori High Score. Pemberian bola boling polyester menjadi pembakar semangat buat bakat-bakat baharu yang dikesan. Program ini merupakan platform terbaik bagi mengukuhkan pasukan pelapis atlet kolej untuk menghadapi kejohanan besar pada masa hadapan.
Penghargaan setinggi-tingginya kepada ahli jawatankuasa yang memastikan kelancaran logistik serta pengurusan pertandingan sepanjang hari. Terima kasih kepada semua peserta atas semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kelab untuk terus aktif menganjurkan program berkualiti demi pembangunan pelajar KPTM Ipoh