Buletin Kampus

03 Januari 2026 | Pensyarah KPTM Ipoh Raih Pelbagai Anugerah di Anugerah Carta IKIMFM & TV Al-Hijrah

Image
SHAH ALAM, 3 Januari 2026 – Syed Salahuddin, pensyarah Pengajian Islam di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, telah mencipta kejayaan membanggakan apabila terlibat sebagai penyanyi dan penerima anugerah dalam Anugerah Carta IKIMFM 2025 yang berlangsung di Dewan Tuanku Agung Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Dalam majlis tersebut, kumpulan FETYA telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Taufan Al Aqsa. Selain itu, lagu Malar Hijau nyanyian Syed Salahuddin ft One Path telah memenangi Anugerah Lagu Pilihan Terbaik serta Anugerah Video Muzik (MV) Terbaik.

Kejayaan ini diteruskan lagi apabila kumpulan FETYA menerima Anugerah Persembahan Terbaik dalam Anugerah Carta 114 TV AlHijrah, sekali gus mengukuhkan nama mereka dalam arena nasyid dan muzik dakwah tanah air.

Syed Salahuddin merupakan artis naungan Tarbiah Sentap Records dan telah menghasilkan dua buah lagu single, serta terlibat dalam penghasilan lebih daripada 10 buah lagu bersama kumpulan FETYA.

Selain aktif dalam bidang seni, beliau juga merupakan penulis buku yang telah menerbitkan lima buah buku berteraskan pengajian Islam, motivasi dan pembangunan diri.

Pencapaian ini membuktikan sumbangan Syed Salahuddin yang seimbang dalam bidang akademik, penulisan dan seni dakwah, sekali gus mengharumkan nama KPTM Ipoh di peringkat nasional.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search