Buletin Kampus

08 Mac 2024 | Liga Sepak Takraw Piala Timbalan Pengarah Kewangan KPTM Ipoh Sempena Sambutan Hari MARA ke-58

Image
Kelab Staf KPTM Ipoh telah menganjurkan Kejohanan Liga Sepak Takraw Piala Timbalan Pengarah Kewangan. Pertandingan ini bermula pada 27 Februari 2024 yang disertai oleh semua staf lelaki yang membentuk 9 pasukan.

Pertandingan ini bertujuan untuk membina ukhwah disamping mengeratkan silaturahim antara semua staf. Pada 8 Mac 2024, perlawanan akhir telah diadakan untuk menentukan juara kejohanan ini.

Turut diselitkan juga majlis perpisahan staf yang bertukar ke UPTM iaitu Dr Nasrah binti Hassan Basri. Majlis juga meraikan staf yang menamatkan perkhidmatan dengan KPTM Ipoh kerana mendapat rezeki di tempat lain iaitu En. Muhammad Syahmi Hamka dan En Nik Mohd Akif.

Semoga ikatan ukhwah kita hingga akhir hayat. Terima kasih diucapkan kepada semua warga staf KPTM Ipoh yang menjayakan program ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search