20 Januari 2024 - Seramai 40 pelajar KPTM Ipoh dari program Diploma in Teaching of English as a Second Language (TESL) semester 4, telah menjalankan program khidmat masyarakat di Pusat Konservasi Penyu Manjung, Perak.
Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pegawai Pusat Konservasi Penyu berkaitan misi, visi serta peranan yang dimainkan oleh Pusat Konservasi Penyu dalam memulihara dan memelihara khazanah marin negara yang tidak ternilai itu. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan proses pembersihan kolam penyu dan gotong royong di kawasan Pusat Konservasi Penyu. Para pelajar telah diberikan tangungjawab melakukan pembersihan kolam penyu jenis AGAR dan KARAH yang terdapat disini.
Sebelum bertolak pulang, sebagai tanda penghargaan kepada pelajar KPTM Ipoh yang telah menyumbang tenaga melakukan khidmat masyarakat di Pusat Konservasi Penyu, 5 orang pelajar terbaik di pilih oleh pasukan Pusat Konservasi Penyu untuk diberikan cenderahati istimewa kerana telah mempamerkan sikap dan tangungjawab ketika melakukan proses pembersihan.