23 Januari 2024, Selasa - Bank Rakyat telah menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM30,000 kepada Kolej Poly-Tech MARA Ipoh untuk disalurkan kepada pelajar yang layak.
Penyerahan sumbangan zakat disempurnakan oleh Encik Ahmad Shukri bin Mansor, Pengurus Cawangan Meru Raya kepada Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Puan Noor Laili binti Abdullah dan disaksikan oleh kakitangan dan pelajar KPTM Ipoh. Turut diadakan Taklimat Perbankan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muiz bin Abdul Hakim, Eksekutif Unit Perundangan Syariah Bank Rakyat Ibu Pejabat.
Semoga dengan sumbangan zakat ini dapat membantu pelajar-pelajar KPTM Ipoh yang memerlukan dan sebagai dorongan untuk terus berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.