27 Januari 2024 - Seramai 24 pelajar KPTM Ipoh daripada program Diploma in Digital Marketing (DDM) semester 4, telah menjalankan program khidmat masyarakat di Zoo Taiping, Perak. Program "Wild Care" bermula pada pukul 9.00 pagi, dimulai dengan memberikan penerangan ringkas sejarah penubuhan Zoo Taiping oleh pegawai zoo.
Selepas sesi penerangan, pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Pelajar turut disediakan kelengkapan untuk membersihkan kawasan sekitar zoo. Sebelum memulakan aktiviti, pegawai zoo mengingatkan pelajar supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung.
Setiap kumpulan pelajar ditugaskan untuk membersih kawasan sekitar kandang haiwan mengikut kawasan pembersihkan yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki menyapu daun-daun kering dan mengutip sampah. Aktitivi membersihkan kawasan sekitar kandang haiwan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pada jam 12.30 tengahari semua pelajar berkumpul dihadapan pintu masuk zoo dan diagihkan makanan beserta sijil penyertaan. Selepas selesai, pelajar diberi masa rehat untuk makan dan menunaikan solat zohor.
Sesi kedua bermula pada pukul 3.00 petang, para pelajar diberi peluang untuk melawat dan melihat haiwan dengan lebih dekat sama ada dengan menaiki keretapi ataupun berjalan kaki. Program “Wild Care” memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar disamping memberikan sumbangan positif kepada kelestarian haiwan dan alam sekitar.