26 Januari 2024 - Pelajar program Diploma in Teaching English as a Second Language semester 5 dan semester 7 telah mengadakan program mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Silibin.
Program yang diberi nama Jolly English Junction bermula seawal 8.30 pagi disertai oleh pelajar tahun 5 SK Silibin. Program berkonsepkan aktiviti pembelajaran yang memupuk pembelajaran yang menyeronokkan atau dipanggil fun learning berbeza dengan pembelajaran di dalam kelas.
Guru besar SK Silibin Tn Jalaludin Bin Ismail melalui ucapannya mengucapkan terima kasih dan berharap akan ada lagi kesinambungan dari program seperti ini. Melalui program ini pelajar dapat belajar berorganisasi, berinteraksi, bekerjasama dan saling memberi pendapat dalam penyelesaian masalah. Tahniah kepada 21 pelajar semester 7 dan 67 pelajar semester 5.