- Pengenalan
Perpustakaan KPTM Cawangan Ipoh berperanan sebagai pusat maklumat untuk membantu para pelajar dan para pensyarah di dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. - Keahlian Perpustakaan
Pada masa kini, perpustakaan KPTM Ipoh mempunyai keahlian anggaran 1000 orang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf. Setiap kelayakkan pinjaman adalah tertakluk kepada keahlian yang berdaftar sahaja. Setiap ahli yang berdaftar adalah layak untuk menggunakan kemudahan perpustakaan yang disediakan. - Sewaan Loker
Untuk melindungi barang-barang peribadi anda daripada kejadian yang tidak diingini, kami menyediakan loker untuk disewa. Loker ini terletak berhampiran pintu masuk perpustakaan, tingkat 2 dan 3 di Blok A.
Kadar sewa adalah sebanyak RM5.00 dan RM5.00 ditambah sebagai deposit. Tempoh sewa adalah satu semester. Pelajar perlu memulangkan kunci loker ke perpustakaan sebelum akhir semester. Pelajar yang gagal memulangkan kunci loker, deposit tidak akan dikembalikan. Sila berjumpa dengan kakitangan perpustakaan untuk sewa loker.